Penduduk dunia cecah 8 bilion pada November depan

Iklan
India dijangka menggantikan China kerana memiliki penduduk paling ramai di dunia pada tahun depan. - Foto Reuters

NEW YORK - Penduduk dunia dijangka mencecah sehingga lapan bilion pada 15 November tahun ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.

Ia turut menyatakan bahawa India akan menggantikan China sebagai negara yang mempunyai paling ramai penduduk dunia pada tahun depan.

Iklan
Iklan

Laporan mengenai populasi penduduk dunia itu dikeluarkan pada Hari Penduduk Sedunia.

Menurut Reuters yang memetik laporan itu, pertumbuhan penduduk global jatuh di bawah satu peratus pada tahun 2020 dan berkembang pada kadar paling perlahan sejak tahun 1950.

Iklan

Berdasarkan unjuran PBB terkini, populasi dunia boleh meningkat kepada sekitar 8.5 bilion pada tahun 2030, 9.7 bilion pada tahun 2050 dan kemuncaknya sekitar 10.4 bilion orang pada tahun 2080-an.

Ia dijangka kekal pada tahap itu sehingga tahun 2100.

Iklan

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyatakan, tahun 2022 sebagai tahun penting dengan kelahiran lapan bilion penduduk bumi.

Menurut Prospek Penduduk Dunia 2022, populasi penduduk dunia ialah 7.942 bilion dan ia diramalkan akan mencecah sehingga lapan bilion pada 15 November depan. - Agensi