Mayat wanita tersangkut di sangkar ikan

Iklan
Operasi mengeluarkan mayat wanita terbabit oleh BBP Temerloh bersama pihak polis pada Isnin- Foto ihsan JBPM

TEMERLOH - Mayat seorang wanita ditemui tersangkut pada sangkar ikan milik penduduk, dekat Kampung Raja Songsang di sini pada Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat terbabit pada jam 8.01 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lima anggota bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian.

"Sampai di lokasi didapati terdapat mayat mangsa tersangkut di sangkar ikan penduduk kampung.

Iklan

"Anggota bomba kemudiannya bertindak menarik mayat itu dengan menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan