Selangor sasar bekalan makanan mencukupi

Iklan
Amirudin (enam dari kanan) bergambar bersama tetamu hadir pada Mesyuarat Pengurusan Tertinggi PKPS dan Korban Perdana PKPS di SFV Bestari Jaya di sini pada Selasa.

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor menyasarkan untuk mempunyai jalinan bekalan makanan mencukupi di negeri ini pada masa depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjalankan projek pertanian dan pemasaran perlu mempercepatkan beberapa inisiatif bekalan makanan yang dilancarkan pada tahun 2020.

Iklan
Iklan

"Kita yakin kalau ia dapat diberikan fokus dan tumpuan, Selangor bukan sahaja mempunyai aset pertanian dan perladangan baik, malah mempunyai jalinan bekalan makanan yang komprehensif," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Korban Perdana PKPS di Selangor Fruit Valley (SFV) di Bestari Jaya di sini pada Selasa.

Iklan

Amirudin berkata, buat masa ini, sektor bekalan makanan menjadi tumpuan utama kerajaan negeri Selangor.

"Fokus kita (bekalan makanan) adalah menumpu kepada bekalan yang mencukupi untuk makanan," katanya.

Iklan

Selain itu, katanya, kerajaan negeri turut memberi penumpuan kepada kajian penemuan seperti grain cell (jagung bijirin) yang sesuai ditanam di negara ini.

"Sebab (jagung bijirin) bukan berasal dari Malaysia dan ia banyak ditanam di negara seperti Venezuela dan Amerika Syarikat

"Selain itu, kita (beri tumpuan penanaman) jagung manis, selain meneroka bidang 'tissue culture' dan pembenihan dan kajian baru," ujar beliau.

Dalam pada itu, Amirudin yang hadir mempengerusikan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi PKPS berpuas hati dengan perkembangan semasa anak syarikat kerajaan negeri terbabit.

"Disebabkan harga sektor perladangan meningkat naik, PKPS telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu kira-kira 150 peratus lebih tinggi daripada yang kita bajetkan.

"Kita melihat perkembangan positif di beberapa aset lain seperti SFV dan juga aset yang kita sewakan seperti Dewan Orkid," katanya.