Banjir Baling: Arahan pindah jika perlu

Iklan
Shamsudin

BALING - Arahan perpindahan penduduk di tebing sungai berdekatan lokasi banjir dan insiden kepala air Kampung Iboi akan dikeluarkan sekiranya ada keperluan dan ia bergantung kepada situasi semasa.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, sekiranya perlu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) yang juga merupakan Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah akan mengeluarkan arahan terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini, pemantauan sentiasa dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Pihak kami memantau perkembangan di kawasan Lata Celak, tempat berlakunya kepala air, setakat jam 11 pagi tadi (Selasa) aliran sungai berada dalam keadaan normal.

Iklan

Walaupun ada hujan tetapi tidak berlaku kenaikan air dan tiada kelajuan air dikesan.

"Sehingga kini, pemantauan masih dilaksanakan, kalau perlu saya percaya pegawai daerah akan keluarkan arahan untuk berpindah, rumah di tepi sungai diberi keutamaan,"katanya.

Iklan

Beliau menjawab soalan media berhubung saranan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang meminta agar penduduk berhampiran Sungai Iboi berpindah ke tempat selamat sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut petir.

Sementara itu, tiga buah pusat pemindahan sementara yang dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas tidak ditutup namun penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk proses pembersihan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Hamzah menasihati penduduk berhampiran Sungai Iboi berpindah ke penempatan sementara yang lebih selamat sekiranya berlaku cuaca buruk bagi menjamin keselamatan mereka.

Pada 4 Julai lalu, tiga mangsa terkorban dalam kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, Baling selepas rumah mereka hilang dihanyutkan arus deras.