Jepun beri anugerah tertinggi kepada Abe

Iklan
Gambar mendiang bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe diletakkan di atas tempat duduk di Kuil Zojoji di Tokyo. - Foto Kyodo

TOKYO - Kerajaan Jepun pada Isnin menganugerahkan anugerah tertinggi ‘Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum’ kepada bekas Perdana Menteri Shinzo Abe, yang maut akibat ditembak dalam satu insiden di bandar raya Nara pada Jumaat.

Majlis diadakan pada Isnin di Kuil Zojoji di Tokyo, dihadiri Perdana Menteri Fumio Kishida dan anggota Kabinet, lapor Agensi Berita Kyodo.

Iklan
Iklan

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen, yang dalam rangka lawatan ke Jepun, turut menghadiri majlis itu.

Maharaja Naruhito dan Permaisuri Masako turut menghantar bunga dan meminta seorang pegawai istana membakar colok, kata pembantu istana, Kenji Ikeda.

Iklan

Kira-kira 2,500 orang menghadiri majlis itu, menurut Parti Demokratik Liberal.

Hadir sama ahli perniagaan terkemuka, termasuk Duta AS ke Jepun Rahm Emanuel dan Duta Rusia ke Jepun Mikhail Galuzin.

Iklan

Abe, bekas perdana menteri keempat yang menerima anugerah tertinggi itu selepas Shigeru Yoshida, Eisaku Sato dan Yasuhiro Nakasone.

Anugerah itu diperbuat daripada emas tulen dan dipakai oleh maharaja Jepun.

Ia juga pernah dianugerahkan kepada beberapa ketua negara asing yang membuat kunjungan ke negara matahari terbit itu.

Pengebumian Abe dijadual petang Selasa di kuil Tokyo.

Upacara berkabung akan diadakan secara berasingan di Tokyo dan Yamaguchi di barat Jepun.

Sementara itu, bekas Presiden AS Donald Trump dilaporkan sedang mempertimbangan untuk menghadiri pengebumian itu.

Trump memberitahu media AS, Breitbart bahawa beliau sedang berbincang dengan keluarga Abe mengenai kunjungannya, sambil menambah bekas perdana menteri itu adalah pemimpin asing pertama yang bertemu dengannya selepas Trump memenangi pilihan raya presiden AS pada 2016.

Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno berkata atas permintaan Kishida, bendera Jepun akan di pejabat perdana menteri di Tokyo dikibarkan separuh tiang sehingga Selasa. - Bernama