SEREMBAN - Malam tadi menjadi sejarah paling bermakna bagi seorang suri rumah, Hashimah Ali, 40, apabila kediamannya dikunjungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menurut Hashimah, meskipun telah dimaklumkan lebih awal tentang kunjungan pemimpin nombor dua negara itu, namun perasaan berdebar sukar untuk dikawal.
Iklan
Iklan
"Bayangkan selama ini saya hanya melihat wajah beliau dalam televisyen, tapi malam ini dapat bertentang mata dengan beliau.
"Perasaan saya sangat berdebar dan dalam masa yang sama juga bersyukur kerana diberi peluang yang cukup bermakna ini,"katanya kepada Sinar Harian.
Hashimah yang kini menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi itu bersyukur kerana Wan Azizah sudi mengunjungi kediamannya di Kampung Sri Lalang, di sini.
Terdahulu, Wan Azizah meluangkan masa kira-kira 10 minit bertanya khabar dengan Hashimah dan keluarganya.
Hadir sama, calon PH Dr S Streram.