Vietnam gesa segerakan suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga, keempat

Iklan
Kementerian Kesihatan Vietnam menggesa agar suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga dan keempat dipercepatkan (Gambar hiasan). - Foto Viet Nam News

HANOI - Kementerian Kesihatan Vietnam menggesa agar suntikan vaksin Covid-19 dos ketiga dan keempat dipercepatkan, berikutan perkembangan terkini berkaitan varian BA.4 dan BA.5 di banyak negara Eropah.

Menurut kementerian meskipun wabak itu terkawal di seluruh negara, tetapi dua varian baharu itu dikesan dalam komuniti, lapor Agensi Berita Vietnam.

Iklan
Iklan

Kementerian menjangkakan jumlah kes Covid-19 mungkin terus meningkat dan merebak secara besar-besaran pada masa akan datang sekiranya langkah drastik tidak diambil.

Berikutan itu, kementerian mencadangkan pengerusi Jawatankuasa Rakyat wilayah dan bandar memastikan arahan Kerajaan dan Perdana Menteri serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak dilaksana dengan berkesan. - Bernama

Iklan
Iklan