ALOR SETAR - Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Gunung walaupun Kampung Alor Gunung di sini dilanda banjir kilat pada Selasa.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, ia berikutan paras air di Sungai Gunung dalam paras terkawal.
"Bagaimanapun, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) masih membuat pemantauan ketika ini dan dalam keadaan berjaga-jaga.
"Kawasan berkenaan dinaiki air selepas hujan lebat berlarutan sejak jam 7.30 pagi dan pemantauan telah dibuat oleh Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) di sekitar kawasan tumpuan paras air naik,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau memaklumkan, setakat jam 2 petang, tiada PPS didapati dibuka setakat ini dan keadaan cuaca masih hujan.