Dunia lebih baik dapat dicapai melalui SDG: Saifuddin

Iklan
Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR - Dunia yang lebih baik dapat dicapai dengan menggantikan beberapa aspek acuan kebangsaan dan antarabangsa serta sistem politik, ekonomi, perdagangan, kewangan dan lainnya kerana jika tidak menjadikan keadaan lebih buruk, ia tetap dilihat sudah lapuk, tidak adil atau tidak mampu mendepani cabaran.

Iklan
Iklan

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) kekal menjadi perjanjian antarabangsa terbaik yang ada pada hari ini dalam memperbaharui acuan dan sistem itu.

"Kita bertanggungjawab untuk memastikan ia dilaksanakan sepenuhnya, dan kekal teguh untuk memperbaharu sistem itu," katanya.

Iklan

SDG di peringkat tempatan adalah penting serta terdapat keperluan untuk menjalin rangkaian, meningkatkan amalan baik, menambah baik kapasiti dan mengarusperdanakan SDG menjadi agenda utama pemimpin kita.

Saifuddin berkongsi isu ini menerusi ciapannya di Twitter selepas menghadiri perbincangan panel secara maya pada malam Isnin, yang diadakan di luar Forum Politik Peringkat Tinggi Pembangunan Lestari (HLPF) 2022 di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Iklan

Kementerian Luar dan Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama All Party Parliamentary Group Malaysia for Sustainable Development Goals (APPGMSDG) menganjurkan acara sampingan itu yang bertajuk"Building Back Better in Localising SDGs: A Case Study of Malaysia and Three Southeast Asian Country Experiences of the Partnership Model”.

Perbincangan itu mengetengahkan pengalaman Malaysia, serta tiga negara Asia Tenggara lain iaitu, Indonesia, Filipina dan Thailand, berhubung pencapaian dan cabaran dalam pelaksanaan SDG di peringkat tempatan. - Bernama