KINABATANGAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kampung Batu Putih di sini pada pagi Selasa.
Mangsa dikatakan mandi bersama rakannya di sungai itu kira-kira jam 9 pagi sebelum dilaporkan hilang.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 pagi.
Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 30 kilometer dari BBP Kota Kinabatangan.
"Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah telah menerima panggilan kecemasan bahawa terdapat seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dipercayai lemas di sungai ketika melakukan aktiviti mandi-manda di sungai itu.
"Pasukan bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut dilakukan di sekitar lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Katanya lagi, sebarang maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa.