Rusia sahkan kes pertama cacar monyet

Iklan
Rusia mengesahkan kes pertama membabitkan jangkitan cacar monyet. - Gambar hiasan

MOSCOW - Rusia mengesahkan kes pertama membabitkan jangkitan cacar monyet melibatkan seorang remaja yang baru pulang dari Eropah, lapor Sputnik.

"Kes pertama wabak cacar monyet telah disahkan di Rusia. Kes membabitkan seorang remaja yang baru pulang selepas mengunjungi Eropah.

Iklan
Iklan

"Remaja berkenaan mengalami ruam (simptom biasa bagi mereka dijangkiti cacar monyet) dan telah mendapatkan rawatan di kemudahan perubatan," menurut agensi pemantau hak asasi manusia, Rospotrebnazor.

Rospotrebnadzor menjelaskan bahawa pesakit mengalami gejala ringan dan telah dikuarantin. - Bernama

Iklan

Iklan