KUALA LUMPUR - Maybank Singapore Limited pada Isnin menarik balik samannya terhadap Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan dua anaknya yang didakwa gagal membayar dua pinjaman perumahan berjumlah SG$2.53 juta bagi pembelian hartanah di Singapura.
Mohamad Salleh merupakan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Peguam Wan Mohammad Arfan Wan Othman yang mewakili Mohamad Salleh dan dua anaknya, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah berkata, Maybank Singapore selaku plaintif menarik balik saman itu berikutan satu perjanjian penyelesaian telah dicapai oleh kedua-dua pihak.
"Hakim Mahkamah Tinggi Atan Mustaffa Yussof Ahmad membenarkan saman itu ditarik balik tanpa kebebasan untuk plaintif (Maybank) memfailkan semula saman baharu dan tiada perintah mengenai kos,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding kes itu yang berlangsung secara dalam talian.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pihak plaintif menarik balik kes saman itu selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian.
Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran permohonan Maybank Singapore untuk mendapatkan penghakiman terus yang turut dihadiri peguam Tan Hui Ru mewakili bank itu.
Pada 19 Julai tahun lepas, Maybank Singapore dalam pernyataan tuntutannya mendakwa atas permintaan kesemua defendan, plaintif telah memberi pinjaman perumahan untuk hartanah di Orchard Scotts, Singapura sebanyak SG$4.3 juta tertakluk kepada terma dan syarat dalam surat-surat tawaran bertarikh 20 November 2009 dan 10 November 2017.
Kesemua defendan didakwa telah ingkar untuk membayar ansuran bulanan sebanyak SG$7,225 dan plaintif telah menarik balik pinjaman serta menuntut pembayaran penuh sebanyak SG$3.94 juta yang merupakan jumlah terhutang setakat 22 Jun 2018 bersama dengan faedah yang terakru ke atasnya.
Plaintif mendakwa telah melaksanakan haknya di bawah Gadai Janji dan memperoleh perintah mahkamah bertarikh 23 Jan 2019 daripada Mahkamah Tinggi Singapura untuk mendapatkan semula hartanah serta menjualnya melalui satu lelongan pada 28 Jun 2019 dengan harga SG$3.2 juta.
Bagaimanapun, harga jualan itu tidak mencukupi untuk melangsaikan keseluruhan jumlah hutang di bawah pinjaman tersebut yang masih tertunggak sebanyak SG$1.37 juta.
Bagi hartanah kedua, plaintif mendakwa memberi pinjaman perumahan sebanyak SG$5.3 juta kepada Mohamad Salleh dan Wan Shahinur untuk pembelian hartanah di Central Boulevard, Singapura dengan ansuran bulanan SG$8,700.
Plaintif mendakwa mereka telah gagal melunaskan tunggakan dalam pembayaran pinjaman itu dan menuntut SG$5.05 juta yang merupakan jumlah tertunggak dan terhutang setakat 4 Jun 2018 bersama dengan semua faedah yang terakru ke atasnya.
Plaintif kemudian melaksanakan haknya di bawah Gadai Janji dan memperoleh perintah mahkamah bertarikh 23 Jan 2019 daripada Mahkamah Tinggi Singapura untuk mendapatkan semula hartanah itu dan menjualnya pada harga SG$4.68 juta.
Dakwa plaintif, harga jualan hartanah itu tidak mencukupi untuk melangsaikan keseluruhan keberhutangan di bawah pinjaman itu dan menuntut kedua-dua defendan membayar SG$1.16 juta bersama dengan faedah yang terakru ke atasnya.
Sehubungan itu, plaintif memohon untuk memasukkan penghakiman terhadap kesemua defendan antaranya menuntut jumlah terhutang sebanyak SG$1.37 juta daripada ketiga-tiga defendan dan SG$1.16 juta daripada Mohamad Salleh dan Wan Shaninur serta perintah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama