Dua aset Petronas dirampas kesultanan Sulu perlu dibahas

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Satu usul tergempar berhubung dua anak syarikat Petronas di Luxembourg yang dilapor dirampas oleh waris kesultanan Sulu dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Usul berkenaan dihantar oleh Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, perkara tersebut wajib dijawab boleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dibahaskan di Parlimen.

"Saya telah menghantar satu usul tergempar kepada Speaker Dewan Rakyat berkaitan dua anak syarikat Petronas di Luxembourg dirampas oleh kesultanan Sulu.

Iklan

"Perkara ini wajib dijawab Perdana Menteri dan mesti dibahaskan pada sidang Parlimen yang akan datang.

"Rakyat wajar mendapat penjelasan berkaitan perkara ini memandangkan ia adalah aset negara kita," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

Menerusi hantaran sama, beliau turut memuat naik salinan surat usul tergempar yang dihantar kepada Azhar.

Surat tersebut antara lain menyenaraikan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam sidang akan datang.

"Perkara in perlu disegerakan dengan Perdana Menteri perlu memperjelaskan apakah langkah perundangan yang telah dan sedang diambil oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia dan Petronas berkaitan perkara ini. Oleh itu, isu ini perlu dapat perhatian dan maklum balas Perdana Menteri dengan segera.

"Perkara in perlu disegerakan penjelasan daripada Perdana Menteri sekiranya terdapat mana-mana prosiding pelaksanaan lanjutan dan di mana-mana bidang kuasa yang berlainan yang masih wujud berkaitan Awad asal bidang kuasa yang telah dikeluarkan oleh Timbangtara DR STAMPA pada 25 Mei 2020," tulis beliau.