Pesawat penumpang terbakar semasa mendarat di AS

Iklan
Asap kelihatan pada pesawat Spirit Airlines di Lapangan Terbang Hartfield-Jackson, Atlanta pada Ahad lalu. - Foto Twitter/@trianglegrrl

ATLANTA - Sebuah kapal terbang penumpang milik Spirit Airlines 383 terbakar pada Ahad ketika pesawat komersial itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Namun, tiada kecederaan dilaporkan selepas kejadian itu berlaku.

Iklan
Iklan

Media tempatan melaporkan bahawa kebakaran berlaku di roda belakang bahagian kiri pesawat berkenaan selepas brek pesawat itu terlalu panas dan terbakar.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 9.25 pagi waktu tempatan di Atlanta, Georgia.

Iklan

Pesawat tersebut terbang dari Tampa, Florida.

Sejurus selepas kebakaran dipadamkan, pesawat itu ditarik ke pintu pagar yang ditetapkan yang mana penumpang-penumpang selamat turun tanpa sebarang insiden dilaporkan.

Iklan

Dalam satu kenyataan kepada media tempatan, jurucakap Spirit Airlines menyatakan bahawa pesawat itu akan diselenggarkan. - Agensi