Manchester United di landasan terbaik

Iklan
Manchester United di landasan terbaik untuk kembali bangkit musim ini setelah menang 4-0 ke atas Liverpool pada aksi pramusim di Stadium Rajamangala pada Selasa. - Foto GettyImages

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan skuad kendaliannya itu berada pada landasan terbaik untuk kembali bangkit pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini hasil kemenangan 4-0 ke atas Liverpool pada aksi pramusim di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand pada Selasa.

Menurut Ten Hag, biarpun skuad The Red Devils itu dilihat masih banyak melakukan kesilapan, namun secara keseluruhannya kesemua pemain telah memberikan aksi terbaik bagi menghasilkan kemenangan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya cukup puas hati hari ini (Selasa)... kali ini kami tahu kami merupakan pasukan yang hebat walaupun baru sahaja bermula.

"Benar, kami lakukan banyak kesilapan, gagal sempurnakan beberapa peluang, tetapi kesemua kegagalan itu berjaya ditebus di akhir perlawanan.

Iklan

"Kita tahu ia masih merupakan perlawanan pertama (musim ini), tetapi kami tetap gembira kerana mencatatkan kemenangan,” katanya.

Pada aksi pramusim itu, gol-gol United dijaringkan Jadon Sancho jaringan pada minit ke-12, Fred (min-30), Anthony Martiahl (min-33) dan Facunda Pellisttri (min-76).

Iklan

Sementara itu Ten Hag turut gembira menyaksikan proses pembinaan semula skuad kendaliannya itu bagi mengharungi cabaran musim ini.

Malah katanya, kemenangan pada aksi pertama membuktikan proses pembinaan semula itu berjalan lancar ketika ini.

"Kita sudah pun memulakan proses berkenaan (pembinaan pasukan) dan saya sememangnya gembira dengan apa yang saya saksikan pada perlawanan pertama ini.

"Antaranya, jentera serangan kita dilihat lebih laju dan kreatif menjana serangan ke gawang lawan.

"Bagaimanapun, saya sedar proses ini memerlukan masa dan saya telah lihat banyak kesilapan dilakukan pemain United, lagi pun Liverpool bukannya menampilkan skuad atau berada pada prestasi terbaik mereka,” katanya.