Klopp tetap positif di sebalik kekalahan kepada United

Iklan
Klopp

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui benci apabila melihat pasukannya tewas 4-0 pada aksi pramusim pertama mereka kepada Manchester United di Bangkok, Thailand pada Selasa.

Bagaimanapun di sebalik kekalahan itu, beliau nyata berpuas hati apabila dapat memberikan minit permainan kepada sebahagian besar skuadnya selepas berehat panjang sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Mungkin perlawanan seperti ini adalah terlalu awal untuk mereka terutama bagi pemain-pemain baharu kami. Pemain banyak memberikan peluang besar kepada pasukan lawan.

"Peluang yang diberikan kami nyata digunakan sebaiknya oleh lawan untuk mencipta jaringan pada perlawanan ini. Bagaimanapun saya harus akui banyak perkara positif yang dapat dilihat dalam perlawanan ini.

Iklan

"Apa yang paling penting pada perlawanan ini adalah semua pemain mempunyai 30 minit waktu bermain,”katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala, The Reds akur tewas 4-0 kepada United dalam aksi pramusim yang diadakan di Bangkok, Thailand.

Iklan

Gol United dijaringkan oleh Jadon Sancho, Fred, Anthony Martial dan Facundo Pellistri, sekali gus membantu bos baharu The Red Devils, Erik ten Hag untuk menang dalam perlawanan pertamanya sebagai pengurus.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan prestasi tonggak serangan baharunya, Darwin Nunez, Klopp memberitahu dia masih yakin dengan kemampuan yang dimiliki pemain kelahiran Uruguay itu.

Jelas Klopp, dia dan barisan kejurulatihan kini sedang memikirkan posisi yang sesuai buat pemain itu supaya dia boleh mempamerkan kemampuannya yang sebenar di atas padang.

"Dia (Nunez) merupakan seorang pemain yang berbahaya. Saya rasa kini kami akan melihat posisi yang sesuai buat dia.

"Saya rasa dia sebenarnya sesuai untuk bermain sebagai pemain nombor sembilan kerana sangat membantu dengan kepantasan, dengan penggunaan badan yang agresif,” ujarnya.