Juventus sudah bersedia untuk hilang de Ligt

Iklan
Matthijs de ligt

PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri mengakui pasukannya bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya pemain pertahanan, Matthijs de Ligt berhijrah ke Bayern Munich.

Allegri yang mendedahkan perbincangan sedang berjalan mengenai perpindahan de Ligt itu, bagaimanapun tetap optimis dengan rancangan kelab untuk menggantikan pemain antarabangsa Belanda itu.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini ada pertemuan diadakan bersama Bayern Munich berkenaan de Ligt. Bagainanapun tiada apa-apa persetujuan dibuat setakat ini membabitkan pemain itu.

"Seperti yang diketahui, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Tetapi jika dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab ini, kami bersedia,” katanya.

Iklan

De Ligt sebelum ini seringkali dikaitkan dengan Bayern pada jendela perpindahan musim ini, dengan ketua eksekutif Juventus, Maurizio Arrivabene mendedahkan bulan lalu bahawa bekas pemain Ajax itu mahu meninggalkan Bianconeri.

Untuk rekod, pemain berusia 22 tahun itu telah membuat 87 penampilan Serie A sejak menyertai Juventus dengan nilai EURO85 juta yang dilaporkan pada 2019, namun bergelut untuk menampilkan aksi yang konsisten.

Iklan