Extra Joss, Sri Pahang anjur program Jom Qurban

Iklan
Fandi (dua dari kanan) hadir pada program Jom Qurban di Kampung Tanjung Besar, Temerloh baru-baru ini.

PENGELUAR minuman bertenaga, Extra Joss dan kelab bola sepak Sri Pahang FC telah menganjurkan program Jom Qurban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Kampung Tanjung Besar, Temerloh baru-baru ini.

Ia sebahagian daripada program tanggungjawab korporat (CSR) Extra Joss dan Sri Pahang FC yang bertujuan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

Iklan
Iklan

Turut hadir dalam program itu adalah dua tonggak Sri Pahang FC, Fandi Othman dan Sherzod Fayziev Naimovich.

Menurut wakil Extrajoss Malaysia, Raja Khairul Fitri, program itu diadakan adalah untuk mendekatkan jenama Extra Joss dengan masyarakat selain menunaikan ibadah korban.

Iklan

"Program ini julung-julung kali diadakan dan insya-ALLAH jika ada rezeki akan diteruskan pada masa akan datang. Program ini adalah medan terbaik untuk kami bersama-sama masyarakat di Temerloh meraikan Hari Raya Aidiladha,” ujarnya.

Sementara itu, Fandi nyata teruja dengan program yang diadakan dan berharap agar ia dapat diteruskan lagi untuk tahun yang akan datang.

Iklan

"Alhamdulilah saya cukup bertuah kerana dapat sertai program korban di kampung ini. Walaupun pada tahun ini saya tidak dapat pulang ke kampung halaman, tetapi saya masih lagi dapat merasai suasana kampung,” jelasnya.