AMMAN- Suhu panas melampau terus melanda sebahagian kawasan di Eropah, yang hampir belum pulih daripada gelombang haba sebelum ini.
Sepanyol dan Portugal turut dilanda musim kemarau dan kebakaran hutan, manakala cuaca panas dan terik telah merebak ke Perancis dan United Kingdom.
Iklan
Iklan
Menurut Agensi Berita Jordan (Petra), suhu dijangka memuncak pada Khamis di Perancis dan Sepanyol dan pihak berkuasa tempatan telah membatalkan pertunjukan bunga api tradisional sempena sambutan hari kebangsaan Perancis bagi mengurangkan risiko kebakaran.
Gelombang haba menjadi semakin kerap, lebih panas, dan berlanjutan lebih lama akibat perubahan iklim. - Bernama