Terbuka Singapura: Tze Yong singkir pemain pilihan kelapan

Iklan
Tze Yong ketika beraksi di pusingan pertama Terbuka Singapura -Foto: BAM

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong melakar kejutan pada pusingan pertama Terbuka Singapura apabila menumpaskan pilihan kelapan dari Hong Kong, Ng Ka Long di pusingan pertama sebentar tadi.

Tze Yong yang kini berada di ranking ke-47 dunia itu, tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan secara straight set 21-16 dan 21-17 dalam tempoh masa 44 minit permainan.

Iklan
Iklan

Menanti Tze Yong di pusingan kedua esok adalah satu lagi wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yu yang mara selepas menumpaskan pemain Israel Misha Zilberman di pusingan pertama.

Terdahulu, beregu campuran muda negara, Cheng Tang Jie-Valeree Siow berjaya menempatkan diri ke pusingan kedua Terbuka Singapura apabila menewaskan wakil New Zealand Oliver Leydon-Davis - Anona Pak menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-14.

Iklan

Selain Tang Jie-Valeree, dua lagi wakil Malaysia dalam acara sama, Chang Peng Soon-Cheah Yee See, Hoo Pang Ron- Toh Ee Wei berjaya mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.

Pada aksi pusingan pertama, Peng Soon-Yee See tidak berdepan masalah untuk menumpaskan rakan senegara,Song Joo Ven- Goh Liu Ying menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-18.

Iklan

Bagi Pang Ron- Ee Wei mereka mara selepas menewaskan gandingan Jerman, Jones Ralfy Jensen- Linda Efler dengan kemenangan straight set 23-21, 21-16.

Bagaimanapun nasib berbeza dihadapi satu lagi wakil beregu campuran negara, Choong Hon Jian-Peck Yen Wei yang akur tumpas straight set kepada gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh- Sapsiree Taerattanachai 16-21,12-21.