Ibu miliki heroin dijel 9 tahun

Iklan
Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara 9 tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

KOTA BHARU - Seorang ibu enam anak dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memiliki tujuh botol heroin, Januari lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas tukang urut, Fatimah Mustafa, 51, mengaku bersalah pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan itu, tertuduh didakwa memiliki 7.68 gram dadah jenis heroin di tepi jalan Kampung Seberang Pasir Mas Salor di sini kira-kira jam 7 petang, 18 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Iklan
Iklan

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.