Lebih 500 murid perlu bantuan pakaian sekolah

Iklan
Peruntukan sebanyak RM75,000 diperlukan bagi membolehkan kesemua penerima yang telah dikenal pasti mendapat bantuan.

KUANTAN - Lebih 500 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di Dun Tanjung Lumpur memerlukan sumbangan pakaian segaram sekolah baharu.

Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar berkata, bagi memenuhi keperluan itu, beliau memerlukan peruntukan sebanyak RM75,000 bagi membolehkan kesemua penerima yang telah dikenal pasti mendapat bantuan berkenaan.

Iklan
Iklan
Menurutnya, peruntukan sejumlah itu perlu dikutip menerusi sumbangan orang ramai, selain menggunakan peruntukannya sebagai Adun.

"Penerima ini terdiri daripada anak-anak golongan kurang berkemampuan, OKU, dan anak nelayan. Setakat ini sudah 100 menerima sumbangan.

"Jadi penerima selebihnya akan diagihkan bantuan secara berperingkat mengikut sumbangan orang ramai,” katanya ketika ditemui pada Program Back To School yang diadakan di seluruh Dun Tanjung Lumpur , sebuah pasaraya di Tanjung Lumpur, semalam.

Iklan

Dalam pada itu, Rosli berharap sumbangan ini dapat membantu mengurangkan beban golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk sesi persekolahan anak-anak mereka.

Jelasnya, beliau amat prihatin dengan nasib di Dun Tanjung Lumpur, justeru sedaya upaya membantu mereka.

Iklan

"Sumbangan masih diperlukan untuk membantu mereka,” katanya.

Semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Dana Kebajikan Rakyat Dun Tanjung Lumpur 5562 2640 2359