KYIV - Ukraine dan Rusia mencapai beberapa kemajuan dalam sesi perbincangan mengenai eksport bijirin yang berlangsung di Istanbul.
Perbincangan turut melibatkan perwakilan Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua, memetik Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada Rabu.
"Delegasi Ukraine memaklumkan kepada saya bahawa terdapat beberapa kemajuan.
"Kami bersetuju mengenai butiran dengan setiausaha agung PBB dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata Zelensky.
Ukraine sedang melaksanakan usaha untuk memulihkan bekalan makanan ke pasaran global.
Perwakilan dari Ukraine, Rusia dan Turkiye mengadakan pertemuan dengan delegasi PBB di Istanbul untuk membenarkan eksport bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitam ke pasaran global. - Bernama