Air pasang besar diramal berlaku hari ini hingga Ahad

Iklan
Fenomena air pasang besar dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad. - Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan pesisir pantai di seluruh negara disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.

Menerusi satu hantaran di Twitter, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) memaklumkan fenomena itu berlaku disebabkan dipengaruhi oleh daya tarikan graviti bulan dan matahari.

Iklan
Iklan

Sementara itu, PHN dalam laman Facebooknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk kepada agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.

"Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar peka dan berwaspada berdepan fenomena ini. Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” demikian menurut PHN.

Iklan
Iklan

Maklumat lanjut mengenai lokasi ramalan pasang surut tersebut boleh dilayari di https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/. - Bernama