Kawasan Kampung Bering, Pos Pasik

Iklan
Kampung Bering merupakan sebahagian daripada Pos Pasik, iaitu kawasan petempatan Orang Asli yang terletak kira-kira 72 kilometer dari pekan Kuala Balah, dikelilingi hutan simpan Gunung Stong Selatan dan Berangkat di bawah jajahan daerah Jeli, yang dihuni oleh 27 buah keluarga Orang Asli Suku Temiar. Sumber pendapatan utama mereka adalah memungut hasil hutan, selain berkebun dan menangkap ikan di Sungai Kenong berhampiran dengan kampung itu.