KLUANG - Lokasi penemuan dua ekor gajah di tepi Jalan Kahang berhampiran Felda Kahang Barat dekat sini baru-baru ini, dikenal pasti sebagai laluan utama kumpulan gajah berkenaan, kata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor.
Pengarahnya, Aminuddin Jamin berkata, justeru, gajah-gajah yang dilihat di kawasan itu merupakan sebahagian daripada kumpulan berkenaan kerana ia sememangnya merupakan laluan dan habitat semula jadi haiwan itu.