Insentif simpanan percuma SSPN perlu diteruskan

Iklan
NURUL WAHIDA

MACHANG - Di sebalik terus membincangkan isu bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan disaran meneruskan pemberian insentif simpanan percuma Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) pada tahun depan.

Penuntut universiti, Nurul Wahida Mohammad Rose berkata, insentif bernilai RM500 tersebut mampu menarik minat ibu bapa untuk terus menabung bagi tujuan pendidikan anak-anak mereka seterusnya menawarkan peluang pendidikan yang lebih cerah tanpa memikirkan bebanan hutang yang perlu ditanggung.

"Insentif ini diperkenalkan pada Januari lalu dan dilihat penting bagi menarik minat orang ramai dan bagi jangka masa panjang, negara dapat mengurangkan peminjam-peminjam yang bergantung sepenuhnya kepada PTPTN bagi menyambung pengajian.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan

"Sekalipun berdepan kekurangan dana sehingga memaksa kerajaan 'berkeras' dengan peminjam-peminjamnya yang telah menamatkan pengajian namun dalam masa yang sama, PTPTN perlu mengambil kira pendekatan lain untuk mengalakkan masyarakat menabung dan tidak bergantung kepada agensi kerajaan itu semata-mata," katanya kepada Sinar Harian.