Pengalaman Sterling penting pacu Chelsea

Iklan
Sterling

PEMAIN baharu Chelsea, Raheem Sterling diyakini akan menjadi aset penting kelab London itu dalam mencabar kejuaraan domestik dan Eropah.

Malah menurut pengendali The Blues, Thomas Tuchel, pemain England juga secara tidak langsung menjadi penambahnilai kepada rangkaian jentera serangan pasukan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ya, Sterling akan menjadi aset penting untuk kami. Semoga pengalaman dan gaya permainannya dapat membantu membentuk pasukan ini.

"Bagi saya, Sterling merupakan nama besar, selain berpengaruh dalam pasukan England sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Iklan

"Paling penting, dia berada dalam fasa usia sempurna dan matang bagi menggalas tanggungjawab mengemudi barisan pemain muda Chelsea," katanya.

Sterling menyertai Chelsea dengan kontrak lima tahun daripada juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City dalam perjanjian dilaporkan bernilai sehingga 50 juta pound (RM263.61 juta).

Iklan

Pemain berusia 27 tahun itu adalah pembelian pertama Chelsea di bawah pemilikan baharu diketuai Todd Boehly dan Clearlake Capital, yang mengambil alih kelab London tersebut daripada jutawan Rusia, Roman Abramovich pada akhir Mei lalu.

Sterling selepas memulakan kerjaya seniornya di Liverpool, berpindah ke Manchester City pada 2015, menjaringkan lebih 100 gol untuk kelab Etihad itu.

Selain itu, dia juga membantu Manchester City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga serta Piala FA.

Jelas Tuchel lagi, Sterling juga merupakan penanda aras saingan liga yang sememangnya diperlukan kelab tersebut.

"Mendapat apa yang dia akan sampaikan berdasarkan tanggungjawab, dan gaya permainannya serta jumlah intensitinya merupakan sesuatu yang luar biasa," kata Tuchel.

Chelsea, yang mengakhiri saingan liga dengan menduduki tempat ketiga musim lalu, akan menyingkap musim baharu bertandang ke Goodison Park menentang Everton pada 6 Ogos.