Letak syarat tambahan klausa pelepasan

Iklan
Artikel Sinar Online 6 Disember. Gambar kecil: Mohd Safarizal Mohd Sobri

PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) perlu menjadikan kes Akhyar Rashid yang memohon keluar dari pasukan tersebut sebagai pengajaran yang berguna kepada persatuan tersebut pada masa hadapan.

Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC), Mohd Safarizal Mohd Sobri berkata, KFA perlu meletakkan klausa perlepasan di dalam kontrak pemainnya sebagai syarat tambahan pada masa hadapan agar persatuan tidak terlepas bakat atau alami kerugian selepas ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, syarat tambahan tersebut akan diaktifkan bagi menghalang mana-mana pasukan lain mendapatkan pemain berkenaan dengan hanya menebus baki kontrak bersama Kedah sahaja.

"Kes Akhyar ini wajar membuka mata KFA untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan kerana untuk kes ini persatuan tidak mampu menuntut apa-apa selain pampasan baki kontrak sahaja sebanyak RM210,000 dan menerima RM75,000 untuk pampasan latihan pengadu selepas keputusan tersebut diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya ketika dihubungi Sukan Sinar.

Iklan

FAM melalui jawatankuasa status dalam mesyuarat kali kesembilan bagi penggal 2017-2021 memutuskan perkara tersebut pada Isnin lalu selepas kes berkenaan dirujuk oleh Akhyar ke badan induk bolasepak negara sebagai orang tengah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa KFA jika mahu Akhyar]

Iklan

Mohd Safarizal berkata, merujuk kepada liga profesional di luar negara, pemain-pemain yang berbakat telah ditambahkan klausa pelepasan dalam kontraknya bagi mengelakkan pesaing mendapatkan mereka semasa masih berbaki kontrak dengan pasukan asal.

"Sebagai penyokong juga kita perlu matang dan terus memandang terus ke hadapan. Lang Merah kini dalam persiapan pramusim 2019 dan penyokong berharap ada sinar baru dari pasukan ini pada musim hadapan,"katanya.

Jelasnya, usaha Kedah yang menyenaraikan lebih ramai pemain muda bagi musim 2019 diharapkan mampu menyediakan dan melahirkan ramai pemain berbakat besar untuk negeri dan juga negara selepas ini.