Ancaman terbesar PKR gagal kembali ‘duduk bersama’

Iklan
Saifuddin ketika berucap semasa merasmikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2022 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC). - FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan ancaman terbesar parti itu selepas pemilihan adalah gagal untuk kembali ‘duduk bersama’.

Menurutnya, ini disebabkan terdapat sesetengah mereka yang masuk bertanding dalam pemilihan parti mempunyai ‘penyakit’ di dalam hatinya.

Iklan
Iklan

"Bertanding sudah, berhujah sudah, berkempen sudah, keputusan dicapai, tak boleh duduk bersama,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2022 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Iklan

Jelas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, sewaktu ahli PKR menentang, menyerang dan menolak faksi dalam parti, tetapi tanpa sedar mereka sedang membentuk faksi sendiri.

"Kita sedang membina empayar politik diri kita sendiri. Kita bukannya membina kekuatan parti,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, hanya ahli PKR yang mempunyai jawapan kepada perkara itu.

"Mahu terus membentuk blok atau faksi atau memilih untuk bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan PKR mempersiapkan parti mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pilihan di tangan kita,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai ada dalam kalangan ahli parti yang menganggap Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai liabiliti, Saifuddin menyifatkannya ia bukannya perkara baharu.

"Cerita tentang menganggap Anwar liabiliti ini cerita pada tahun 1999 lagi. Bukan benda baharu,” tegasnya.

Jelasnya, semasa pembentukan PKR pada tahun 1999, terdapat pihak yang menganggap Anwar sebagai liabiliti dan untuk apa mereka mengundi parti ini.

"Anwar keluar (penjara) 2004 selepas pilihan raya. Dia masuk pilihan raya 2008, bawa Pas dan DAP duduk sama-sama (membentuk) Pakatan Rakyat.

"Orang kata juga kamu liabiliti. Kamu merupakan bekas seorang tahanan, banduan dan segala macam.

"Tapi hakikatnya Anwar yang dianggap liabiliti dan simbol kepada PKR, parti dia ini pada tahun 1999 menang lima kerusi Parlimen, 2018 menang 48 kerusi parlimen dan menjadi kerajaan,” katanya.

Tegas Saifuddin, biar rekod dan kemajuan PKR menceritakan tentang perkara itu.