Wan Azizah tidak tolak konsep khemah besar

Iklan
Wan Azizah ketika berucap merasmikan Kongres Nasional Wanita PKR pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN / ASRIL ASWANDI

SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui konsep khemah besar membabitkan kerjasama antara parti pembangkang boleh dilaksanakan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan, sekiranya ada mana-mana parti yang terbabit ingin menumbangkan rancangan khemah berkenaan, maka ia perlu ditolak.

Iklan
Iklan

"Kita kena lihat pada keadaan, ada pro dan kontra. Rafizi (Ramli) memang mempunyai pendapat begitu (menolak konsep khemah besar) tetapi saya tengok kepada keadaan. Kalau nak khemah besar tetapi untuk menjatuhkan khemah, tak perlu lah," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Nasional Wanita PKR pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konsep khemah besar yang ditolak oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan turut menjadi agenda utama kempennya pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Iklan

Sebelum ini, Rafizi dikatakan menolak sebarang cadangan melibatkan kerjasama PKR dan Pakatan Harapan (PH) menggunakan konsep khemah besar bagi menghadapi PRU15.

Rafizi menerusi ciapannya dalam Twitter turut menyenaraikan 25 calon pilihan bagi merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang didakwa juga menolak konsep khemah besar.

Iklan