Majlis Pelancaran Pakej Durian Tourism 2022

Iklan
Pengunjung Lindsay Gasik, 33, (kiri) bersama suaminya Richard Koivusalo, 35, bergambar dengan buah durian pada Majlis Pelancaran Pakej Durian Tourism 2022 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Zainuddin Abdul Wahab hari ini.

Tourism Malaysia melancarkan promosi diskaun 10% bagi Pakej Durian Tourism dalam usaha memeriahkan dan mempromosikan musim durian di negeri di Wilayah Utara.

Kempen yang berlangsung dari 1 Julai sehingga 31 Ogos itu merupakan kerjasama antara Tourism Malaysia dengan lima pengendali pelancongan iaitu Kurma Travel & Tours Sdn. Bhd, Adventure360 Tours Sdn. Bhd, Time Free Vacation Sdn. Bhd, M.Maha-Izah Transport & Tours Sdn. Bhd dan Asia Gateway Tours.