KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN), menyelesaikan segera isu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Indonesia berhubung proses pengambilan pekerja dari negara tersebut.
Ismail Sabri berkata, perkara tersebut perlu diselesaikan segera, bagi mengelak timbulnya masalah antara Malaysia dengan Indonesia.