Pusat hiburan GRO goda lelaki diserbu Imigresen

Iklan
Antara GRO yang diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan dekat sini yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dari negara jiran digempur oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), pada Jumaat.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohsin berkata, serbuan dilakukan sekitar jam 10 malam susulan pihaknya menerima aduan orang awam berhubung aktiviti tidak bermoral dijalankan di premis itu yang menyajikan GRO warga asing untuk menggoda lelaki hidung belang.

Iklan
Iklan

"Pengunjung memilih GRO yang mereka mahu berdasarkan persembahan tarian di atas pentas dengan menyarungkan selempang kepada wanita terbabit. Tanda harga tips yang mahu diberikan pelanggan kepada wanita terbabit tertera pada selempang iaitu antara RM100 dan RM1,000.

"Kami percaya aktiviti tidak bermoral ini dilakukan di premis berkenaan sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini, awal pagi Sabtu.

Iklan

Syamsul Badrin berkata, secara keseluruhan seramai 81 individu diperiksa dalam serbuan terbabit melibatkan pengunjung dan pekerja di pusat hiburan itu.

"Seramai 35 warga asing berusia 22 hingga 39 tahun ditahan terdiri daripada dua pekerja lelaki warga Bangladesh; 29 wanita Thailand; tiga wanita Vietnam serta seorang wanita warga Laos dipercayai bekerja sebagai GRO," katanya.

Iklan

Tambah Syamsul Badrin, semua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.