'Fun Run' Karnival Belia dan Sukan Pahang 2022

Iklan
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua,kiri) berkenan menyertai acara larian 'Fun Run' sejauh 5 KM sempena Karnival Belia dan Sukan Pahang 2022 di Padang Kemunting hari ini.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kerajaan Negeri Pahang. Pelbagai acara menarik diadakan melibatkan Agensi Kerajaan dan Swasta serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya pameran Agro Bazar, pameran aset ATM serta PDRM, Fun Run, Pertunjukkan Sukan Pemotoran, Karnival Mini Esports, Kejohanan Muay Thai, Futsal Padang dan Pameran Peluang Kerjaya.