Pemilik jenama minyak peket popular diseludup perlu beri penjelasan

Iklan
Annuar (dua dari kanan) beramah mesra dengan orang ramai semasa turun padang meninjau Pasar Ketereh pada Sabtu.

KOTA BHARU - Pemilik jenama minyak masak peket paling popular diseludup ke negara jiran perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, maklum balas tersebut amat penting untuk kerajaan mengetahui punca sebenar ketirisan itu berlaku.

Iklan
Iklan

"Bila sudah 'terlepas' ke negara jiran, kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa, sebab itulah kita perlu beri perhatian sebelum ia berlaku.

"Kita sedang berperang (penyeludupan minyak) dan telah mengenal pasti bagaimana perkara ini dilakukan," katanya ketika turun padang meninjau Pasar Ketereh di sini pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, pemilik kuota minyak masak subsidi diingatkan supaya tidak menyalahgunakan kemudahan diberi kerajaan dengan bersekongkol dalam aktiviti penyeludupan.

Beliau berkata, sekiranya berlaku penyelewengan, kuota tersebut akan ditarik serta merta.

Iklan

Annuar yang juga Menteri Penerangan dan Komunikasi berkata, pemilik kuota diharap memanfaatkan peluang yang diberikan oleh kerajaan sebaik mungkin bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.