Harga minyak masak tidak bersubsidi turun dua minggu lagi: Annuar

Iklan
Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun dalam tempoh dua minggu lagi. - Gambar hiasan.

KOTA BHARU - Harga minyak masak tidak bersubsidi dijangka turun dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pihaknya telah memanggil semua pengilang yang terlibat termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOC) pada Selasa lepas sebagai badan yang mengawal kuota dan lesen pengilang.

Iklan
Iklan

"Selepas dua minggu dari tarikh saya bertemu mereka, saya mahu tengok harga minyak turun.

"Saya tidaklah memaksa, cuma pada masa ini saya mahu industri ada rasa tanggungjawab dan jangan biarkan kerajaan terkial-kial dengan masalah sebab akhirnya syarikat juga yang menentukannya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan harga barangan di Pasar Ketereh di sini pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut Annuar berkata, pihak industri telah bersetuju untuk menurunkan harga minyak masak dan pengilang yang terbabit membayangkan penurunan harga itu akan dipendekkan secara berperingkat iaitu lima hingga 10 peratus.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, inflasi yang sedang dihadapi kini adalah inflasi yang sudah diduga kerana ia berlaku secara global.

Beliau berkata, pasca-Covid-19 membolehkan aktiviti sudah berjalan semula namun berlaku peningkatan permintaan pelbagai industri sedangkan pengeluaran tidak pulih sepenuhnya.

Iklan

"Selain itu, peperangan di luar negara menjejaskan perdagangan dan inflasi tersebut berlaku bergantung kepada dasar-dasar kewangan serta monetari polisi negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat," katanya. - Bernama