Jangan tertipu iklan promosi diskaun saman

Iklan
Iklan palsu yang tular di aplikasi WhatsApp.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan iklan yang tular berkaitan promosi tawaran diskaun 50 peratus saman melalui aplikasi WhatsApp adalah palsu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengesan iklan mempromosikan tawaran diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM melalui aplikasi itu.

Iklan
Iklan

"Iklan tersebut turut memaparkan nilai kadar saman dan jumlah bayaran diskaun serta tawaran sehingga 20 Julai ini. Iklan promosi tawaran saman tersebut adalah palsu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noorsiah berkata, pihaknya menjalankan siasatan ke atas individu yang bertanggungjawab dalam menyebarkan berita dan iklan palsu itu.

Iklan

"Orang ramai yang menerima iklan promosi tersebut, diminta untuk tidak terpengaruh atau berhubung dengan penama yang dinyatakan.

"Masyarakat juga dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang berita terutamanya mengenai tawaran pengurangan saman melalui saluran media rasmi PDRM bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," ujarnya.

Iklan