SHAH ALAM - ‘Pasukan’ Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berjaya memenangi 13 daripada 20 kerusi dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2022/2025.
Persaingan sengit itu membabitkan 73 calon, dengan beberapa nama baharu popular yang turut terpilih adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan artis, Datuk Hans Isaac.
Maszlee yang baharu sahaja menganggotai PKR pada November tahun lalu, berjaya memperoleh undi tertinggi dengan 1,091 undi manakala Hans Isaac yang juga salah seorang daripada pasukan Rafizi berjaya memperoleh 720 undi, antara 10 undi tertinggi.
Selain itu, 12 anggota pasukan Rafizi lain yang turut menang adalah Akmal Nasrullah Mohd Nasir (956), Datuk Romli Ishak (878), Fahmi Zainol (817), Nurin Aina @ Nor Azlina Surip (797), Lee Chean Chung (788), Syed Ibrahim Syed Noh (739), Simon 00i Tze Min (703), Raiyan Abdul Rahim (697), Wong Chen (697), Tan Kar Hing (648), Zahir Hassan (642) dan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (594).
Enam lagi anggota MPP yang menang dalam pemilihan adalah Mohd Yahya Mat Sahri (804), Siti Aisyah Shaik Ismail (783), David Cheong Kian Young (622), Hee Loy Sian (619), Amidi Abdul Manan (617) dan Elizabeth Wong Keat Ping (598).
Sementara ini, tiga pimpinan utama baharu PKR yang akan membantu Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Timbalan Presiden, Rafizi Ramli; Ketua Angkatan Muda (AMK), Adam Adli dan Ketua Wanita, Fadhlina Sidek.
Empat Naib Presiden PKR yang terpilih adalah Datuk Seri Aminudin Shari (Menteri Besar Selangor), Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan), Chang Lih Kang dan Nik Nazmi Nik Ahmad.