Yusri akui penyudah tumpul

Iklan
Yusri akui Perak FC masih bergelut dalam mencari kemenangan ketika bertemu TFC II di Stadium Perak pada Sabtu.

PENGENDALI Perak FC, Yusri Che Lah mengakui anak buahnya masih mencari sentuhan penyudah walaupun sudah pun mendapat keserasian.

Menurutnya, semua pemain sudah memberikan komitmen sebaik mungkin namun gagal mencipta jaringan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun beliau tetap berpuas hati dengan prestasi dipamerkan pemain ketika turun melayan kunjungan Terengganu FC II (TFC II) pada Sabtu.

"Pada saya, banyak lagi kelemahan terutama dari segi penyudah terlalu banyak peluang yang kita peroleh tetapi jaringan masih lagi menghantui pasukan pada pusingan kedua.

Iklan

"Saya mengakui tentang kelemahan tersebut dan kita akan perbaiki sebelum perlawanan menentang Selangor," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Perak FC dengan TFC II di Stadium Perak pada Sabtu.

Ditanya mengenai prestasi pemain import, Yusri menjelaskan semua pemain sudah memberikan yang terbaik cuma kemenangan masih belum memihak kepada pasukan.

Iklan

Menurutnya, mereka memerlukan masa untuk mendapatkan rentak tetapi tempoh yang ada begitu suntuk untuk pasukan.

"Kita perlukan sedikit masa lagi untuk pemain import memberi impak cuma kekalahan kepada PDRM FC pada perlawanan lalu masih menghantui pemain dan mereka terlalu berhati-hati mencari penyudah.

"Sebenarnya, keserasian pemain sudah pun wujud tapi bila tak menang ini, macam-macam persoalan yang timbul," katanya.

Dalam pada itu, Yusri turut menghargai sokongan peminat yang turun ke stadium menyaksikan perlawanan itu dan kehadiran mereka memberikan tonik kepada pemain untuk mempamerkan prestasi cemerlang di dalam padang.

Pada perlawanan itu, Perak FC dan TFC II sekadar berkongsi satu mata selepas masing-masing gagal meraih sebarang jaringan sehingga tamat perlawanan.