GCC, AS umum bantuan AS$11 bilion untuk keselamatan makanan

Iklan
GCC dan AS mengumumkan akan menyediakan bantuan bernilai AS1 bilion untuk menangani cabaran keselamatan makanan serantau dan antarabangsa.(Gambar hiasan) - Foto 123rf

ANKARA - Anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengumumkan akan menyediakan bantuan bernilai AS$11 bilion untuk menangani cabaran keselamatan makanan serantau dan antarabangsa, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

AS menyambut baik"keputusan Kumpulan Penyelarasan Arab (ACG), yang dianggotai 10 institusi pembangunan kewangan untuk menyediakan sekurang-kurangnya AS$10 bilion sebagai respons kepada cabaran keselamatan makanan," menurut kenyataan bersama GCC dan AS pada sidang kemuncak Arab Saudi-AS di Jeddah.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, negara-negara GCC juga mengalu-alukan pengumuman bantuan AS sebanyak AS$1 bilion bagi keselamatan makanan jangka pendek dan jangka panjang untuk rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.

GCC turut merakamkan penghargaan atas penubuhan Pasukan Petugas Gabungan 153 dan Pasukan Petugas 59 yang akan bersama meningkatkan penyelarasan pertahanan antara negara anggota GCC dan US Central Command untuk memantau ancaman maritim.

Iklan
Iklan

Sidang kemuncak Arab Saudi-AS diadakan pada Sabtu yang turut dihadiri Presiden Joe Biden, pemimpin dari negara-negara GCC, Mesir, Iraq dan Jordan. - Bernama