Johor rancang sediakan bekalan minyak masak buat golongan asnaf

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Fared

BATU PAHAT - Johor merancang untuk menyediakan bekalan minyak masak bersubsidi kepada golongan asnaf di negeri itu bagi mengatasi masalah kesukaran mendapatkan produk tersebut sekali gus meringankan beban mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sekiranya perkara itu dipersetujui, MAIJ akan bertindak sebagai perantara bagi tujuan pengedaran minyak masak kepada golongan memerlukan.

"Tujuannya ialah untuk memudahkan golongan asnaf dan minyak masak ini akan dijual secara terus kepada mereka.

Iklan

"Segala urusan jual beli akan diuruskan oleh MAIJ dan pihak ini akan menghantar minyak masak ke rumah mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Johor Bersih Peringkat Mukim-Mukim Daerah Batu Pahat pada Ahad. - Bernama

Iklan