Beratur panjang untuk dapatkan vaksin cacar monyet

Iklan
Orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan suntikan vaksin cacar monyet di sebuah sekolah menengah di Bushwick, Brooklyn pada Ahad. - Foto AFP

NEW YORK - Orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan suntikan vaksin cacar monyet di sebuah sekolah menengah di Bushwick, Brooklyn, New York pada Ahad.

Barisan panjang itu melibatkan golongan lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun menunggu untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi diri mereka dan orang tersayang daripada virus itu.

Iklan
Iklan

Sebelum ini sekolah yang sama pernah digunakan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Mereka yang ditemui AFP semasa menunggu dalam barisan berkata berasa bertuah kerana mendapat janji temu untuk mendapatkan suntikan itu kerana New York mengalami kekurangan dos tersebut.

Iklan

Pada Jumaat, sebanyak 9,200 slot disediakan pada jam 6 petang waktu tempatan untuk mendapatkan suntikan vaksin cacar monyet.

Bandar raya New York yang mempunyai lebih lapan juta penduduk menyaksikan jangkitan cacar monyet meningkat dengan 461 kes dicatatkan pada Jumaat sejak wabak bermula pada Mei.

Iklan

Jumlah itu meningkat daripada 223 kes pada Isnin. - Agensi