Empat maut dua pesawat bertembung di Las Vegas

Iklan
Salah sebuah pesawat ringan terbakar selepas bertembung dengan pesawat lain di Las Vegas pada Ahad. - Foto 702MemesLV/Twitter

WASHINGTON - Empat orang terbunuh pada Ahad selepas dua pesawat kecil bertembung di udara di lapangan terbang di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), kata pegawai dan laporan media tempatan.

Sebuah pesawat Piper PA-46 enjin tunggal sedang bersiap untuk mendarat di Lapangan Terbang North Las Vegas di negeri Nevada sekitar tengah hari waktu tempatan apabila ia bertembung dengan pesawat satu enjin Cessna 172, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dalam satu kenyataan kepada AFP.

Iklan
Iklan

"The Piper terhempas di landasan lapangan terbang tersebut dan Cessna jatuh ke dalam kolam penahan air.

"Dua orang berada di atas setiap pesawat," kata kenyataan agensi tersebut.

Iklan
Iklan

Siasatan sedang dijalankan, kata FAA. - Agensi