[VIDEO] RM100 simbolik keperitan hidup rakyat

Iklan
Mohd Sany menunjukkan wang RM100 dan surat jemputan untuk diserahkan kepada Ismail Sabri.

PUTRAJAYA - Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan wang tunai RM100 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai simbolik keperitan hidup rakyat.

Pengarah Biro Mobilisasi dan Pengguna Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya juga memberikan surat jemputan untuk Ismail Sabri hadir membeli-belah di Pasar Tani Presint 3, Jumaat ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rata-rata rakyat yang ditemui dalam Program Terjah mengeluh terhadap kenaikan harga barangan.

"Kita pergi ke pasar-pasar jumpa orang awam, mereka mengeluh harga barang naik melambung. Kita mahu Ismail Sabri rasai keperitan rakyat.

Iklan

"Jangan terkejut jika PM hadir, tiba-tiba harga barangan akan menjadi murah, yang tidak ada, akan ada," katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Bangunan Perdana Putra, di sini pada Isnin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Templer berkata, surat jemputan dan wang tunai itu telah diserahkan kepada Setiausaha Politik Ismail Sabri, Chua Hock Kuan.

Iklan

"Pegawai tersebut berjanji akan menyerahkannya kepada PM," katanya.

Pada Sabtu lalu, Amanah menganjurkan flash mob di seluruh negara bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan.


MOJO LIVE 18 JULAI 2022

Parti Amanah menghantar jemputan beli-belah di Pasar Tani Presint 3, Putrajaya, Jumaat ini beserta wang RM100 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Pengarah Biro Mobilisasi dan Pengguna Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, menyerahkan wang tunai RM100 kepada Perdana Menteri sebagai simbolik keperitan hidup rakyat.

Artikel: https://bit.ly/3AVONtk

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

" />