Padah simpan minyak masak tanpa permit

Iklan
Sebuah premis di Port Dickson, Negeri Sembilan diserbu KPNDHEP pada Jumaat lalu kerana menyimpan minyak masak tanpa permit.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 176 botol minyak masak bernilai RM7,920 yang disimpan tanpa permit di sebuah premis di Port Dickson, Negeri Sembilan Jumaat lalu.

Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya, Azman Adam berkata, operasi pada jam 6 petang itu dijalankan hasil aduan awam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an mengaku sebagai pemilik premis terbabit dan memaklumkan bahawa perniagaan yang dijalankan adalah menjual guni dan memproses makanan.

"Pemilik terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen permit kebenaran menyimpan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Iklan

"Pasukan serbuan telah bertindak dengan merampas sejumlah 44 kotak mengandungi 176 botol minyak masak bersaiz lima kilogram bernilai RM7,920 selain beberapa dokumen perniagaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca bekalan minyak masak ini diperoleh dan tujuan minyak masak ini disimpan dalam kuantiti melebihi daripada had yang dibenarkan tanpa permit.

Iklan

Katanya, pihak kementerian mengingatkan semua peniaga yang menggunakan atau menyimpan barang kawalan berjadual terutamanya minyak masak bagi kegunaan perniagaan seperti memproses makanan dan sebagainya agar mendapatkan permit kebenaran menyimpan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas oleh KPDNHEP.

"Selain itu, siasatan juga akan dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613)," ujarnya.

Tambahnya, pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara terbabit boleh mengemukakan aduan yang lengkap kepada pihak KPDNHEP melalui saluran di aplikasi WhatsApp 019-279 4317/019-848 8000, Portal Aduan e-aduan.kpdnhep.gov.my, Call Centre 1-800-886-800, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my atau Ez ADU KPDNHEP.