Venezuela catu bekalan elektrik selama 30 hari

Iklan
Maduro meluluskan pelan catuan bekalan elektrik selama 30 hari di Venezuela.- Foto AFP

CARACAS - VENEZUELA.Presiden Venezuela hari ini mengumumkan pelan catuan bekalan elektrik selama 30 hari rentetan langkah kerajaan mengurangkan waktu bekerja dan menutup sekolah ekoran krisis bekalan elektrik yang melanda negara Amerika Selatan itu.

Bercakap menerusi siaran televisyen, Maduro berkata, beliau meluluskan pelan catuan bekalan elektrik berkenaan bagi memastikan perkhidmatan bekalan air dapat digunakan rakyat, ini kerana tanpa bekalan elektrik stesen pengepam air tidak dapat berfungsi sekali gus menghadkan bekalan air.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, kehidupan seharian penduduk semakin sukar apabila lampu jalan dan lampu isyarat juga tidak berfungsi, manakala perkhidmatan internet dan telefon tergendala sejak sekian lama.

Menurut Presiden Pertubuhan Kejuruteraan Elektrik dan Mekanikal Venezuela, Winton Cabas, situasi ketiadaan bekalan elektrik dan catuan akan terus berlaku untuk satu tempoh lama berikutan jana kuasa di negara itu hanya mampu menampung antara 5,500 ke 6,000 megawat kuasa.

Iklan

Terdahulu, kerajaan Maduro menyalahkan insiden ketiadaan bekalan elektrik pada Mac lalu sebagai hasil sabotaj pihak yang mahu melumpuhkan negaranya.

Namun, hakikatnya ketiadaan infrastruktur lengkap, kurangnya pelaburan dan penyelenggaraan sambil lewa turut menyumbang kepada krisis bekalan elektrik yang semakin meruncing.

Iklan

Selain krisis ekonomi yang semakin tenat dan kadar inflasi tinggi, Venezuela dilihat semakin menuju masa depan yang kelam. - AFP