BALING - Lebih 20 rumah berhampiran Sungai Kupang diancam runtuhan selepas tebing sungai semakin terhakis.
Ia melibatkan penduduk di Kampung belakang market lama Kupang, Kampung Raja, Kampung Seberang Ketil, Kampung Pekan Khamis, Kampung Belakang Panggung, Kampung Belakang Sekolah dan Masjid pekan Kupang.
Penduduk, Omar Nordin, 52, berkata, tebing sungai sepanjang satu kilometer terhakis dan menjejaskan penempatan penduduk.
"Sebelum ini jarak rumah saya dengan tebing sungai asal ialah lebih 20 meter. La cuma tinggal lebih kurang tujuh meter."Sekarang ini duk rumah pun rasa tak selamat,” katanya.
Omar berkata, dua pokok kelapa sawit di tepi rumahnya juga kini hampir runtuh dan hanya bertahan dengan akar.
"Pokok ini pun bila-bila masa boleh tumbang. Banyak pokok lain dah dihanyutkan sungai.
"Hakisan ketara sangat tahun ini. Bila hujan lebat lagi cepat terhakis,” katanya.
Katanya, operasi kuari telah berjalan beberapa tahun lalu dan dihentikan.
"Tapi operasi berjalan semula sebelum PRU14,” katanya.
***Dapatkan laporan penuh di akhbar Sinar Harian.