Goretzka terlepas siri jelajah Bayern

Iklan
Goretzka

PEMAIN tengah Bayern Munich, Leon Goretzka terpaksa melupakan siri jelajah Amerika Syarikat (AS) kelab itu selepas menjalani pembedahan lutut kiri, kata kelab Bundesliga berkenaan.

"Unit perubatan FC Bayern mendiagnosis keabnormalan pada lutut kiri Goretzka, yang dikeluarkan secara arthroscopic," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Goretzka terlepas beberapa perlawanan musim lalu selepas bergelut dengan beberapa siri kecederaan.

Laporan media tempatan mendakwa, pemain berusia 27 tahun itu dijangka diketepikan enam sehingga lapan minggu, sekali gus menyaksikannya terlepas aksi permulaan musim baharu Bundesliga.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Bayern dijadualkan menentang DC United (20 Julai) dan Manchester City (23 Julai) pada siri jelajah tersebut.