Zverev harap mampu beraksi di Terbuka AS

Iklan
Zverev - Foto GettyImages

PEMAIN nombor dua dunia, Alexandar Zverev masih berharap dia mampu beraksi pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan berlangsung mulai 29 Ogos hingga 11 September depan.

Menurut Zverev, dia mahu menebus kembali kehampaannya apabila terpaksa menarik diri akibat masalah kecederaan ketika beraksi di separuh akhir Terbuka Perancis, Jun lalu.

Iklan
Iklan

"Itulah matlamat saya... untuk beraksi di Terbuka AS setelah terlepas peluang untuk mara ke final Terbuka Perancis sebelum ini.

"Saya telah terlepas peluang untuk memenangi gelaran Grand Slam dan kali ini saya akan pastikan bahawa saya tidak kecewa lagi,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Terbuka AS bakal berlangsung beberapa minggu dari sekarang dan Zverev dilihat berpeluang untuk pulih daripada kecederaannya itu dan bersedia untuk beraksi.

Justeru menurut Zverev, dia mahu memanfaatkan tempoh berkenaan bagi mempersiapkan dirinya untuk pulih, kembali cergas dan menjalani latihan sebagai persediaan.

Iklan

Sementara itu, Zverev yakin dia mampu kembali beraksi cemerlang dan melangkah lebih jauh pada Terbuka AS nanti.

Katanya, dengan sistem latihan dan semangat yang dimilikinya ketika ini, dia yakin bakal melakar kejayaan kelak.

"Sebenarnya, ia tidaklah begitu sukar dan saya memang menjangkakan untuk kembali cergas dalam masa terdekat untuk kembali menjalani latihan.

"Lagi pun, semua orang (pemain), ada acara latihan dan persediaan masing-masing... ini cara saya dan diharapkan dengan cara ini saya akan kembali dengan lebih bertenaga,” katanya.